Thursday, March 5, 2009

Kehancuran Pasti Milikmu..

Kebiadapan adalah ketamadunanmu
kedegilan dlm keengkaran adalah akhlakmu
merosakkan bangsa lain adalah dakwahmu
memang kau bangsa keji
merampas hak orang lain tanpa sepalit malu
mengakui hak orang lain tanpa segan silu
menjadi bangsa dagang warganegaramu
ke mana jua kau pergi
pasti laknat mengiringi
kerana kau bangsa tidak boleh dipercayai

Sesungguhnya tinta nukilan sejarah telah terpahat
tidakkan berubah sampai bila-bila
kau kini terhimpit tersepit
bukan kerana tohmahan dunia yang bersatu menentangmu
kerana itu bisa kau tangani dgn duniawi
namun yang sangat kau takuti
adalah sumpahan Ilahi terhadapmu
ketakutanmu jelas kelihatan
memusnahan apa sahaja tanpa ehsan
Kau bunuh pemuda agar perjuangan dilumpuhkan
Kau bunuh anak-anak kecil agar bangsa palestin dilenyapkan
Kau hancurkan bangunan, kemudahan
agar negara Palestin diratakan
dan tiada lagi ketamadunan dan kerajaan..
Tapi kau terpedaya..
dan sememangnya dari dulu kau kaum terpedaya
dengan keegoaanmu kau tuli dan buta
bahawa empunya cakerawala ini Maha Empunya
Dia Mencipta dan Dia Memelihara
Hanya DIA Pemusnah Hakiki
kerna aku pasti kau mengetahui
kisah Aad, Kisah Tsamud, Kisah Luth
yang pasti kau akui..

Ketakutanmu makin bermaharaja lela
walau kau cuba sembunyikan
namun terserlah dari perbuatan
kerana
makin byk kau musnahkan
tentera Islam masih mampu bertahan
makin berkobar semangat ingin terkorban
makin banyak kau gempur beribu kematian
makin banyak pula yang akan dibangkitkan
dan dilahirkan
dan kau sebenarnya keletihan...
kerana dengan senjata yang kau miliki
dengan kemudahan yang kau adakan
kau masih belum mampu menewaskan
rakyat Palestin yang berjuang bermati-matian
walau mereka hanya bersenjatakan
batu-batu ditangan..
tanpa pesawat bersenjata
namun roket mereka tetap meluncur jauh tanpa kau sangka

ternyata perancanganmu menuju kekalahan
dan kau tidak dpt lagi bersembunyi
disebalik kehebatan dunia
disebalik kehebatan senjata
kerna Agama ni ada Pemeliharanya
yang tiadakan padam dgn apa jua usaha
kerana Islam pasti menang
sama ada kau suka atau sebaliknya

Kau lihat mayat bergelimpangan
petanda kejayaan dipihakmu
namun penilaianmu ternyata sebaliknya
kerana yang bergelimpangan itu jasadnya
sedang rohnya sedang terbang menuju syurga
itulah kemenangan yang dihajati
kerana umat Islam berjuangan utk mati
merindui nikmat hakiki di negeri abadi

Tapi kau?
Kau akan terus terseksa dengan sumpahan buatmu
walau gah dirimu khabarkan kepada dunia
bahawa dirimulah yang paling berkuasa
sebenarnya kau hanya menutupi pekung didada
kerana sudah tersurat dalam kepercayaanmu sendiri...
bahawa kau pasti akan dikalahkan
dan Islam pasti dimercu kejayaan
sehingga kau akan menjadi pelarian
sehingga kau akan bersembunyi ketakutan

Wahai saudara seagamaku di atas muka bumi ini
sedarlah kita bahawa jihad di Palestina
adalah jihad buat kita
jihad yang Allah tunjukkan terang-terangan
jihad sebenarnya menyerah nyawa dan badan..
dimedan pertempuran
tanpanya sudah pasti kita semakin alpa
tanpanya sudah pasti generasi berikutnya
tidak kenal erti perjuangan jihad dimedan peperangan..

usah ada lagi suara-suara sumbang
Palestin wajar menerima balanya
kerana dosa-dosa mereka
kerana perpecahan di kalangan penduduknya..
sebelum kau dendangkan lirik hujah yang pincang itu
aku ingatkan agar kau telusuri dulu sejarah lalu
kau selidiki fakta-fakta
kerana berjuangnya mereka
demi tanah air yang dirampas
demi masjid suci yang diceroboh
demi maruah uamat Islam yang diinjak
kerana kebiadapan yang disengajakan
kerana hak-hak kemanusiaan yg ditertawakan
oleh kuncu-kuncu zionus laknatullah!
apa yg ada pada mereka selain mempertaruh nyawa?
daripada diratah mentah
baik syahid bermandi darah!
kerana bahasa mereka bukan bahasa perdamaian
bahasa yang difahami mereka adalah bahasa senjata
dan untuk umat Islam menang atau terkorban
kerna itulah sahaja 2 pilihan

Apakah kita masih rela berpangku tangan?

BINGKISAN DARI ACEH [ 3 ]

15 Agustus 2005 Isnin

5.30am
Hari ini masih di DA 3. Pagi ini anak-anak akan ke sekolah. Namun kami masih sempat solat jamaah bersama-sama. Pagi ini tak dapat ditolak lagi.. anak-anak mahu berimamkan Kak Misah. Walaupun sudah tidak punya suara yang asli, diturutkan sahaja permintaan anak-anak DA 3 yang menagih layanan.

Semalam ana perhatikan tiada tazkirah dibuat lepas subuh untuk anak-anak. Berbeza sekali kalau di rumah anak yatim yang ana tumpangi di Lampuneurut. Di Lampuneurut, anak-anak perlu membaca al ma’thurat bersama lepas subuh. Selesai Al Ma’thurat anak-anak akan diberikan tazkirah. Tazkirah ringkas. Soal hubungan baik sesama sendiri. Soal perkongsian yang harus dititikberatkan di rumah tersebut. Anak-anak ini dididik. Dididik agar mereka dapat hidup harmoni. Teratur bukan semata-mata diaturkan. Perlu berdikari. Perlu pandai menggurus diri sendiri.

Menyedari hal itu, selesai solat ana teruskan dengan ma’thurat bersama-sama. Mungkin kebiasaan mereka membaca ma’thurat. Namun sebab semalamnya libur, mungkin libur juga ma’thuratnya.

Ma’thurat selesai. Anak-anak DA 3 ingin segera bangun. Kata Putri, anak yang tak sekolah pagi akan tidur semula selepas selesai sarapan. “Susah ini Kak Misah anak-anaknya. Pagi-pagi begini lagi tidur. Enggak baikkan?” Begitulah keluhan Putri. Namun pagi itu selesai solat, anak-anak ana panggil untuk diberikan taujih. Ana pinta mereka duduk dalam bulatan.

Pagi ini ana berikan tazkirah tentang tanggungjawab terhadap diri. Menjaga kebersihan. Tajuk ini sengaja ana pilih kerana sedari awal sebelum ke Aceh, sahabat di Malaysia Dr Hafidzi dan Adzhar Maludin telah mengingatkan untuk memberikan pendidikan menjaga kebersihan. Memang benar. Kebersihan tidak dijaga dengan baik. Pinggan kotor terbiar lama di bilik air. Diberitakan oleh Putri dua orang telah mengidap malaria. Pengaliran air limbahan juga kurang baik.

Ana ingatkan anak-anak bahawa kebersihan satu tuntutan. Perlu jaga kebersihan diri. Perlu jaga kebersihan rumah. Kebersihan diri dan rumah tanggungjawab sendiri bukan tanggungjawab Kak Putri. Kebersihan juga ada kaitan dengan kesihatan. Kalau jaga kebersihan tentu penyakit tidak datang. Rumah yang bersih akan memberi keselesaan. “Suka enggak rumah yang bersih dan cantik”, ana bertanya. “Suka”, jawab anak-anak. “Kalau rumah kotor dan berbau..malukan” sambung ana. Anak-anak tertunduk sambil menggangguk.

Setelah selesai taujih, ana masuk ke kamar tidur. Mengemas baju dan bersiap untuk aktiviti pada hari ini. Hari ini perjumpaan pagi dilewatkan sedikit. Ini kesempatan baik untuk berdamping dengan anak-anak di DA 3.

Sebaik habis taujih yang ana lakukan, rupa-rupanya diluar kamar anak-anak sedang sibuk berkemas. Mereka terus berkemas sebaik usai sesi tazkirah. Apabila ana keluar dari kamar dan menuju ke kamar mandi, kamar mandi juga telah bersih. Kamar mandi adalah tempat yang paling tidak dijaga di DA 3. Namun melihat kerjasama mereka mengemas rumah pagi itu, hati ana berbunga riang. Seronok melihat mereka segera membuat tindakan dan alhamdulillah, ternyata rumah DA 3 yang kecil itu nampak lapang dan bersih setelah selesai di kemas.

Ana hanya tersenyum. Kata-kata semangat segera melucur dari mulut, “wah..begini kan bagus.. cantik kali kalau begini kan?”. Anak-anak mempamer muka ceria.


7.00am
Pagi ini masa bersama anak-anak lebih lama. Kerenah mereka dilayan. Mereka sungguh manja. Desi datang memeluk ana..”Kak Misah.. kami mahu datang lagi ke Malaysia.. bilang sama bapak-bapak di Malaysia...jemput lagi kami ke Malaysia. Enak kali di Malaysia”. Sambil senyum ana hanya menjawab dengan jaminan..”insyaAllah”. Itulah perkataan yang sering keluar dari mulut anak-anak ini. Kami mahu ke Malaysia lagi. Enak di Malaysia. Negaranya cantik. Dan yang paling best..mahu mandi kolam.

Anak-anak dewasa yang tidak ke Malaysia tempoh hari tidak kurang juga perhatian yang diinginkan. “Kak Misah jom ke MATA I. Mandi kolam”. Agaknya mereka telah diberitahu bahawa ana berada di kolam 3 jam melayani anak-anak ketika mereka di Malaysia! “Kak Misah kalau tidak ke MATA I, Kak Misah akan menyesal”. Begitulah kerenah anak-anak di DA 3. Amat mencuit hati dan menyentuh rasa.

Sewaktu mandi di Sumur, Defi menemani ana. Perbualan berlaku antara kami. “Kak Misah, saya mahu ke Malaysia”. “Mahu tinggal dengan Kak Misah”, ana menduga. “Mahu”. “Mahu sekolah dan tinggal di Malaysia”, duga ana lagi. “Mahu Kak Misah”. Bersungguh betul anak-anak ini. Bermakna, kita telah melayani mereka dengan baik ketika di Malaysia insyaAllah. Mereka amat merindui kita di Malaysia. Mereka rindukan belaian kita. Mereka rindukan Umi Asmah. Mereka rindukan Bapak Jairul.. Rindukan Abi Hafidzi..rindukan Umi Zu...mereka rindukan semua bapak di Malaysia yang memberikan perhatian kepada mereka.

8.30am
Marlizal ikhwah PKS sudah siap menunggu di luar rumah. Ana dan Maryam baru menikmati sarapan ketika mereka sampai. Jadi kami terus aja sarapan. Pada Putri dan anak-anak sebelum berangkat, ana beritahu bahawa kami mahu menginap di Darul Hijrah malam ini. Rumah asrama untuk pelajar putri Dayah Darul Hijrah. Walaupun asalnya mahu menginap terus di DA 3, namun kami ubah perancangan supaya dapat meladeni juga para pelajar tajaan JIM di Dayah Darul Hijrah.

Anak-anak mula bising. “Kak Misah enggak boleh tidur di sana. Kak Maryam enggak boleh tidur di sana. Tidur di sini”. Lantas ana santuni hati mereka “anak-anak di Dayah juga macam anak-anak di DA 3. Mereka pun mahu Kak Misah dan Kak Maryam tidur dengan mereka. DA 3 udah 2 hari bersama Kak Misah dan Kak Maryam..”. Ada yang faham. Namun ada juga yang tak mahu melepaskan.. “enggak mahu..enggak boleh. Tidur di sini”.

Ikhwah diluar sudah SMS. Sudah tunggu lama. Harus berangkat. Setelah mengemas pakaian supaya mudah berangkat ke dayah sore nanti, kami pun menuju pejabat KK1. Hari ini tiga orang ikhwah akan ke Meulaboh.

Sampai di KKI, lima orang ikhwah sedang rapat. Mereka dah bincang awal. Sejak malam tadi. Keputusannya, tiga orang akan ke Meulaboh. Dua orang lagi akan meneruskan misi di Banda Aceh.

10.30am
Suasana agak tegang sedikit. Tapi masih dalam ‘kool’. Macam tu la ikhwah JIM. Sebetulnya lima ikhwah yang mendapat kelulusan untuk ke Meulaboh. Sememangnya ke lima-lima ikhwah ingin sekali ke Meulaboh. Namun keputusan baru diperolehi jam 10 malam tadi. Sebelum ini masih belum sohih. Mengikut KKI, hanya tiga orang saja boleh ke Meulaboh menggunakan pesawat UN. Singkatannya SMAC . Pak Mirwan Medan bilang SMAC tu “Senang Mati Atau Cacat”. Tapi pagi tu senarai nama ke Meulaboh yang dibenarkan lima orang. Semua ikhwah.

Tiga ikhwah akan berangkat ke Meulaboh. Wan Zukri ditugaskan untuk media. Mendapatkan gambar dan membuat dokumentasi. Abd Rashid bertanggungjawab untuk audit dan Aizuddin untuk meneroka dan megenalpasti keperluan DDMM dan ancaman kristianisasi di Meulaboh.

11.30am
Akhawat menunggu di KKI untuk aktiviti seterusnya. Lama kali menunggu ikhwah menguruskan penghantaran sebahagian misi 7 ke Meulaboh. Kami di KKI agak termanggu. Kalau diberikan mobil, mahu aja pulang ke DA 3 bersama anak-anak. Ikhwah lain tiada. Sementelahan pula hari ini adalah hari perjanjian damai antara TNI dan GAM. Kami hanya memiliki satu mobil sahaja pada hari ini. Namun beginilah kalau sudah di Aceh. Jangkakan perkara yang diluar jangkaan. Pesanan ini memang pesanan keramat. Dengan itu hati menjadi redha.

Sambil menunggu ikhwah yang berdua kembali ke KKI, sempat juga berdiskusi dengan Ustaz Razali dan dua orang lagi ikhwah PKS. Antara dua orang itu seorang sahaja yang ana kenali iaitu Andi. Beliau merupakan wakil ahli parlimen Aceh ke MPR di Jakarta.

Dalam bicara dengan beliau, ana bertanyakan tentang program Hi Tea yang dianjurkan oleh GPM. Dengar khabarnya dari Nila (akhawat yang ke Malaysia semasa Hi KA), GPM mahu menganjurkan program seperti Hi KA. Dalam diskusi tersebut terbuka cerita tentang kes GPM di Aceh yang tidak merujuk KKI. Oh begitu rupanya. Ana dengarkan sahaja bersama Maryam...

Lama sekali menunggu. Namun dalam menunggu ana dan Maryam pun sempat bersembang. Al Maklumlah, kami sebelum ini saling mengenali tetapi tidak terlalu rapat. Benarlah bahawa kalau nak rapat dan mengenali seseorang tu kena bermusafir bersama. Banyak yang dibicarakan tentang JIM International dan KARISMA International. Seronok. Maryam ana lihat amat teruja dengan pemergiannya ke Aceh. Pemilihan beliau bertepatan dengan suasana dan objektif misi. Meladeni anak-anak Aceh. Moga beliau dapat banyak manfaat. Namun kebanyakan masa beliau lebih banyak diam. Tapi bila berjumpa adik-adik barulah bertemu rakan untuk berkongsi cerita.

2.00pm
Ibu Roswati mampir ke KKI. Pertemuan dirancang untuk mendapat laporan terkini mesin jahit yang di bawah pemantauan beliau. Sambil berbincang tentang perkembangan mesin jahit dan projek ekonomi, beliau turut menceritakan tentang gerakan kristianisasi.

Gerakan ini amat berani. Mereka mengedarkan ‘walkman’ dengan harga murah. Walkman tersedia dengan lagu-lagu kristian. Bible telah diedarkan ke barak-barak. Anak-anak telah ajarkan dengan lagu memuja Jesus. Anak-anak juga diumpan. Missionaries datang bawa hadiah. Mereka bertanya tuhan ada berapa. Anak-anak menjawab satu maka diberikan satu hadiah. Nah..kalau ingin hadiah banyak ditanya lagi..tuhan kamu ada berapa. Bilang dua diberi dua. Bilang tiga diberi tiga. Anak-anak kegembiraan. Ada orang bagi hadiah. Cuma jawab soalan yang mudah.. berapa tuhan kamu?Hati ana disentap. Kemarahan pantas tercetus dengan perbuatan mereka. Tapi adakah sekadar marah. Lepas ni JIM International bersama DMM harus terjun pula bersama membanteras kristianisasi. Kita tak boleh menunggu lagi. Tak boleh beralasan lagi.

Ibu Roswati membentang proposal. Mahu bantuan bagi membolehkan guru-guru dihantar dan dibiaya bagi mendidik anak-anak ini. Gerakan missionaries memang tak pernah henti. Mereka bekerja setiap ketika dengan dana yang mantap dan penggerak yang tersusun. Sedang kita??


4.00pm

Agak lama berbincang dan berdiskusi dengan Ibu Roswati. Bercerita tentang perkembangan projek ekonomi, terserlah ceria diwajahnya. Bila bercerita tentang ancaman kristianisasi, wajah beliau dirundung duka.

Usai perbincangan, Misi 7 yang tinggal di Banda Aceh meneruskan agenda. Bersama ibu Roswati kami menuju ke tempat projek ekonomi yang telah menerima sumbangan dari JIM.

Destinasi pertama kami di Posko KKI Lampeneurut. Tempat misi 3 menginap ketika di Aceh. Bagi Pak Megat dan Pak Selamat, posko ni tempat lama dan mereka bertemu kenalan lama, Pak Munajjin. Sewaktu bertemu Pak Munajjin inilah berlaku satu dialog yang cukup mengesan dihati ana. Pak Selamat berkata “sumbangan kami kecil aja..”sambil ibu jarinya memegang hujung kelingking menunjuk ke arah Pak Munajjin. Pak Munajjin dengan senyuman manis membalas “walau sedikit tapi terasa kemanisannya..”

Ana lihat mesih jahit di ruang belakang posko. Beberapa mesin jahit di sini digunakan untuk pelatihan bagi pengungsi di Barak Kandang. Mereka datang dari barak Kandang dan berlatih menjahit di Posko ini. Agak jauh juga antara Posko ini dengan barak Kandang. Tapi mereka sanggup kerana kegiatan mereka terhenti kerana tsunami.

Kami tidak singgah lama. Sekadar melihat mesin jahit dan mengambil foto untuk dokumentasi. Seterusnya kami menuju ke barak Kandang. Melihat hasil projek ekonomi. Mereka berusaha melalui peralatan dan wang yang telah disumbangkan oleh JIM melalui misi-misi sebelum ini.

Dalam beberapa minit kami sampai di barak Kandang. Kawasannya agak padat dengan barak-barak yang agak kecil. Rumah pengungsi hanya sebesar bilik tidur. Disitulah segalanya. Dapur, ruang tamu dan tempat tidur. Kami ke rumah ibu Ima. Hasil lawatan ini barulah ana sedari bahawa sumbangan kita bukan sekadar membantu mereka malahan telah mendatangkan hasil pulangan. Bukan sekadar wang yang mereka perolehi. Akan tetapi semangat. Semangat untuk hidup kembali.

Ana melihat hasil projek ekonomi mereka. Mereka telah menghasilkan baulu Ikan dan kuih karas. Penghasilan 300 keping kuih karas. Dijual di bandara(bandar udara – airport) Banda Aceh. Dalam masa tiga hari habis terjual. Mereka menghantar sebanyak 10 kali dalam sebulan. Modal kuih Rp50 000. Hasil jualan Rp75 000. Dalam sebulan hasil untung setelah ditolak modal Rp250 000. Bagi kita mungkin sedikit. Tapi bagi mereka, mereka telah mula hidup kembali dengan aktiviti harian yag bermanfaat dan dapat menjana pendapatan. Pasti seronok.

Kami diberi merasa kuih bahulu dan kuih karas. Wah, enak! Mereka juga sudah membuat dodol sebagai sample. Belum dijual kerana tiada modal.

Setelah selesai mendengar laporan aktiviti yang dijalankan dan kekangan mereka yang bisa dibantu, kami pun bergegas ke destinasi seterusnya di barak Stadion. Mahu ke barak Stadion kami melalui kawasan rumah anak yatim di Lampuneurut. Jadi akan melalui kawasan perumahan anak yatim tempat ana menginap semasa misi 3. Lantas ana beritahu Donni supaya singgah. “Ana kena ikut kepalanya”. Bilang Donni. “Ya Kepala nya enggak apa-apa. Ya pak? Bisakan?”, jawab ana. Lalu kami pun singgah dirumah anak yatim Lampeneurut. Ketika ana masuk, kelihatan anak-anak dan pengasuh ada yang termanggu? Seolah-olah tak percaya dihadapan mereka adalah Kak Misah. Ada yang kaget sambil memegang pipi dan menenung hairan. “Kak Misah... rengek mereka. Kapan ke sini”. Kami berpelukan. Ah... terlepas rindu.

Si Wildanum anak yang petah berbicara nampak riang sekali. Setelah berpelukan dan bersalam-salam Wildanum masuk ke kamarnya dan keluar semula. Ditangannya ada sebuah lukisan. “Ini lukisan Kak Misah lukis” bilangnya. MasyaAllah… anak ini masih menyimpan lagi lukisan tersebut. Di belakang lukisan ana adalah lukisan along (suraya). Gembira sekali mereka. Ana pun rasa puas. Sebentar sahaja kami singgah. Dalam ana mengaturkan langkah mahu keluar rumah, Rahmi bersuara “Kak Misah, tinggal aja di Aceh”. .. ni dah keberapa kali orang Aceh berkata demikian kepada ana..

5.30pm
Kami sampai di barak Stadion. Di sini juga ada mesin jahit. Mereka telah menghasilkan jubah-jubah. Tapi jahitannya masih kasar. Namun pujian tetap diberikan agar mereka meneruskan kegiatan tersebut. “Kalau cantik jubahnya nanti bisa dibeli dan dibawa pulang ke Malaysia dan dijual di sana ya buk. Wangnya nanti, lagi kita bantu orang-orang Aceh” anak berikan kata-kata semangat kepada mereka.

Sebentar di sini pelbagai luahan diterima. Paling pasti mereka mahukan bantuan modal untuk meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Noted.

6.00pm
Petang mula beransur senja. Kami pulang ke KKI. Sebelum pulang ke DA 3 kami makan malam terlebih dahulu. Dalam perjalanan pulang dari makan malam, lampu kereta tak boleh dihidupkan. Setelah separuh dari perjalanan baru lampu menyala. Sampai di KKI, lampu tak boleh dipadamkan. Sohih kereta rosak. Fius kereta panas. Kereta tak boleh dipakai lagi. Namun apapun kami perlu solat terlebih dahulu.

Selesai solat Donni datang dan memberitahu kereta rosak tak boleh dipakai. Tiada kenderaan lain melainkan kenderaan rasmi ustaz Raihan Iskandar. Kebetulan pemandunya mampir di KKI. “Kak Misah, Donni mencadangkan mahu hantar Kak Misah dan Maryam menggunakan mobil Ustaz Raihan”. Lembut tutur Donni. “Eh boleh ke” balas ana. Ustaz Raihan ahli parliemen Aceh. Keretanya kereta rasmi. Besar. “Ya Kak Misah. Enggak apa-apa..”. “Kalau macam tu Kak Misah okey jer..”.

Lantas kami dijemput masuk ke kereta. Sebelum masuk Donni menyapa “Nanti dulu Kak Misah dan Maryam. Jangan masuk dulu. Ana pun terhenti. Ye lah kereta orang. Tak Boleh nak memandai. Rupa-rupanya beliau ke kereta dan membuka pintu kereta untuk kami. “Dipersilakan Kak Misah”. Ana hanya mampu menggelangkan kepala. Donni ikhwah yang keanak-anakan tapi mantap semangat juangnya. Beliau melayani kami dengan amat baik. Beliau tidak dapat melayani kami sepenuhnya kerana hari rabu beliau perlu berangkat ke Jakarta. Menghantar semula mobil-mobil pusat PKS ke Jakarta kerana sudah tidak diperlukan lagi di Aceh. Perjalanan ke Jakarta memakan masa 4 hari 4 malam. Beliau telah diamanahkan melayani kedatangan kami. Oleh itu beliau berusaha melayan dengan baik sebelum keberangkatannya. Lagi sekali, ana kagum dengan anak muda PKS ini.

8.00pm
Aduh, nyaman sekali menaiki kereta Tengku Raihan. Langsung tak terasa gegarannya. Kami bilang sama pemandunya “macam naik pesawat”. Lantas mereka ketawa. “Kalau begini, tidur dalam mobil pun enggak apa-apa”.

Kereta meluncur laju menuju DA 3. Perjalanan dari KKI tidak terlalu jauh. Sebentar sahaja, kami telahpun sampai di DA 3. Sebaik sampai Donni berpesan “Kak Misah dan Maryam usah keluar ya. Tinggal aja di dalam mobil. Biar Donni minta anak-anak ambilkan barang-barang Kak Misah dan Maryam”. Ana dan Maryam berpandangan. Hasrat kami memang nak berjumpa dengan anak-anak untuk memberitahu bawaha kami akan ke Darul Hijrah menginap di sana.

Pintu rumah DA 3 Donni ketuk. Pantas pintu di buka. Pada mulanya anak-anak tak perasan. Mereka termanggu-manggu. Mungkin bertanya siapa yang mampir naik mobil cantik ke DA 3. Tingkap mobil Tengku Raihan bercermin gelap. Jadi mereka tak nampak kami. Tiba-tiba tingkap kereta di sebelah ana dibuka oleh pemandu Ustaz Raihan. Apalagi... anak-anak menjerit dan meluru ke arah mobil..”Kak Misah..Kak Misah.. Kak Maryam.. Kak Maryam..”. “enggak boleh pergi...enggak boleh.. enggak mahu”. MasyaAlah... kami macet lebih 30 minit di dalam mobil. Anak-anak memeluk dan memcium ana dan Maryam bertubu-tubi. Enggak mahu dilepaskan. Maryam pula pandai melayani anak-anak. Jannati terus melekat dengan Mariam. Tak mahu keluar mobil. Desi pula masuk dalam mobil. “Ustaz Donni.. kami mahu pegi juga sama Kak Misah, sama Kak Maryam. Anggak mahu turun..” Waduh. Donni pening kepala. Anak-anak melompat tidak membenarkan kami pulang. Setelah dipujuk dan dibilang bahawa kami akan datang lagi sebelum pulang ke Malaysia, mereka mula reda...akhirnya Donni berjaya memujuk mereka. Kami dilepaskan dalam keadaan mereka tidak redha...Dengan insiden ini, hati anak berazam untuk datang lagi ke Aceh..

Ahh... anak-anak yatim yang diberkati Allah. Begitu comel. Begitu manja. Amat benar mereka anak yatim, yang menagih kasih. Hanya insan yang terpilih berpeluang meladeni mereka, mengutip berjuta pahala, berkongsi rasa saudara.

Baru kami sedar mengapa Donni tidak membenarkan kami turun dari mobil. Kalau turun, mungkin kami enggak bisa ke mana-mana lagi….sedang anak-anak di Dayah Darul Hijrah pula sedang menanti…

SHM

 
template by suckmylolly.com